Ini tentang seorang gadis yang bernama Cinta .. Cinta suka sangat akan coklat .. Dimana dia pergi pasti akan ada berbagai jenis perisa coklat di genggaman tangannya dan di dalam beg sandangnya .. Tapi yang peliknya, berat badan Cinta tak pernah naik .. Itulah yang mengagumkan semua orang ..
Hakikat yang sebenarnya, Cinta gemar makan makanan manis itu kerana dia seorang yang sangat sepi .. Hanya coklat yang mampu menenangkan hidupnya dari mengalami stress atau sedih .. Cinta tidak mempunyai rakan kerana ramai yang cemburu akan kecantikannya ..Cinta mempunyai rupa yang cantik, berkulit gebu dan putih ..
Suatu hari ketika Cinta sedang menikmati angin petang di Taman Bunga Mawar, datang seorang lelaki duduk di sebelahnya .. Cinta berasa pelik akan kedatangan lelaki tersebut .. Cinta cuba bertanyakan nama lelaki tersebut .. Namun, lelaki itu hanya mendiamkan diri .. Cinta mula ketakutan melihat lelaki pelik itu .. Lelaki itu tidak langsung memandang wajah Cinta .. Tiba-tiba datang seorang anak kecil belari ke arah lelaki itu dan asyik memanggilnya abang .. Lalu Cinta bertanyakan pada anak kecil itu mengapakah dia tidak menjawab pertanyaannya dari tadi .. Anak kecil itu terus menjawab "Lelaki ini abangku .. Dia buta dan tidak dapat mendengar .. Maafkan dia ya .." Cinta terdiam .. Dia terkejut dengan kata anak kecil itu .. Ketika lelaki dan anak kecil itu sedang beredar pergi, Cinta terus mengejar mereka .. Cinta mengambil coklat yang paling disukainya, coklat campuran kacang hazel .. Cinta meletakkan coklat itu di atas tapak tangan lelaki itu .. "Coklat ini untuk awak .. Saya doakan suatu hari nanti , awak akan memiliki mata, pendengaran dan suara agar awak dapat melihat dunia ciptaan tuhan ini, dan ketika itu awak dapat medengar dan mengucap syukurnya kepada tuhan atas ciptaannya yang indah ini .." Air mata Cinta sudah mula berlinangan tetapi tidak jatuh .. Ketika itulah Cinta baru sedar bahawa ada lagi yang menderita darinya ..
Kemudian lelaki dan anak itu terus beredar .. Tiba-tiba, Cinta mendengar satu suara lelaki yang sangat indah .. "Namaku Laskar .. " Cinta mencari-cari dari manakah suara itu berkumandang .. Hati cinta berkata itu mungkin hanya sekadar angannya sahaja ..
Beberapa hari kemudian, Cinta pergi lagi ke taman itu semula .. Dia teringin sekali utuk berjumpa dengan lelaki itu lagi .. Cinta ingin tahu benar akan nama lelaki tersebut .. Sudah dua jam berlalu, namun lelaki itu tetap tidak kelihatan malah sudah 2 papan coklat dimakan .. Cinta terus menunggu .. Lima minit kemudian, lelaki dan anak kecil itu sedang berjalan-jalan di kawasan taman itu .. Dengan gembiranya, Cinta terus menyapa mereka .. Dalam waktu yang lama, berbagai-bagai pertanyaan dikeluarkan Cinta kepada anak kecil itu memandangkan lelaki yang kacak dan berkulit putih itu tidak mampu mendengar dan melihat .. Anak kecil itu berceritakan tentang kehidupan lelaki itu .. Lelaki itu menjadi buta, bisu dan pekak sejak bayi lagi .. Pada asalnya, kehidupan lelaki itu sungguh normal tetapi dia mengalami kemalangan ketika bayi .. Sejak itulah dia tidak dapat melihat, mendengar mahupun bersuara ..
Cinta bersungguh-sungguh mendengar cerita anak kecil itu .. Matahari sudah mahu berganti bulan .. Ketika kedua-dua beradik itu mahu beredar, Cinta baru teringat akan soalan yang ingin ditahunya .. Cinta bertanyakan nama anak kecil dan lelaki muda itu .. Lalu dijawab budak itu .. " Namaku Sazali .. Dan nama abangku ini pula ialah ... Laskar " Cinta terkejut apabila mendengar nama itu seolah-olah dia pernah mendengar nama itu sebelum ini .. "Nama kakak ?" tanya Sazali .. "Namaku Cinta .. " Tiba-tiba tangan Laskar menggenggam tangan Sazali dengan kuat sekali .. Seolah-olah dia mendengar aku menyebut namaku .. Selepas itu, mereka terus pergi ..
"Alangkah bagus sekiranya orang tuaku masih ada disini .. Ingin sekali aku bercerita tentang mereka tadi .. " kata Cinta yang sedang baring di atas katilnya .. Tiba-tiba Cinta merasakan hatinya sakit sekali .. Pandangan Cinta mula kabur .. Cinta ingin mencapai air yang terletak diatas meja bersebelahan katilnya .. Pandangan mula semakin gelap dan sunyi ..
Cinta celik .. Cinta bagaikan tidak sedarkan diri .. Cinta kelihatan bagaikan ada seseorang disebelahnya .. Puan Bella, tuan rumah yang menyewakan rumahnya kepada Cinta .. Cinta bertanyakan mengenai keadaannya .. Mak Cik Bella terus menjawab .. "Cinta, sudah seminggu kamu tidak sedarkan diri .. Mak Cik minta maaf, Cinta .. Sebentar tadi ada seorang doktor memberi tahu pada Mak Cik bahawa kamu menghidap penyakit aneh dan hidup kamu tidak lama .." Air mutiara Cinta terus turun .. Cinta mula sedar mungkin ini takdir buatnya .. Tiba-tiba Cinta baru sedar akan satu perkara .. "Puan, saya ada permintaan terakhir sebelum saya pergi .. Saya mahu puan menunaikan satu-satu permintaan saya ini .."
Dua bulan sudah berlalu .. Sazali dan Laskar berjalan-jalan di taman bunga yang penuh dengan bunga mawar kesukaan Cinta .. Mata Sazali melilau-lilau mencari Cinta .. Tapi cuma kelihatan hanyalah Puan Bella yang duduk di kerusi panjang kegemaran Cinta .. "Adakah kamu bernama Sazali, kenalan Cinta? " Kata Puan Bella kepada Sazali .. "Ya, Mak Cik .. Bagaimanakah Mak Cik tahu nama saya ? Mak Cik kenal Cinta ? " tanya Sazali kembali .. " Ya, Mak Cik kenal Cinta .. Mak Cik tahu nama kamu pun daripada Cinta .. Mak Cik ada perkara penting yang ingin diceritakan pada kamu, Sazali .." Kata Puan Bella dengan riaksi mukanya yang begitu sedih sekali ..
"Sudah sebulan Cinta meninggal dunia akibat penyakit aneh yang dihadapinya setahun yang lalu .. Dua bulan yang lalu setelah Cinta mendapat tahu tentang keadaannya, Cinta meminta Mak Cik untuk mengabulkan permintaan terakhir iaitu mendermakan matanya kepada Laskar, abang kamu .. Dia berharap sangat kamu dan Laskar menerima permintaan terkhirnya itu .. " kata Puan Bella .. Tangannya menyerahkan sepucuk surat dan sekeping gambar Cinta kepada Sazali .. Sazali membuka surat itu lalu dibacanya ..
Buatmu, Sazali dan Laskar ..
Maafkan Cinta .. Cinta begitu berharap sekali dapat mengenal kamu berdua .. Cinta teringin sekali memahami apa itu sahabat .. Cinta tidak pernah ada sahabat .. Cinta sentiasa sunyi dan sedih .. Tetapi kehadiran Laskar dan Sazali begitu mengembirakan hati Cinta yang kesepiaan ini .. Namun, apakah daya Cinta akan dipanggil seruan illahi .. Tetapi, kamulah sahabat pertama Cinta didunia dan diakhirat .. Oleh itu, kabulkanlah permintaan terakhir Cinta .. Cinta ingin mendermakan mata Cinta ini kepada Laskar .. Semoga Sazali dan Laskar dapat mengabulkannya .. Kamu akan sentiasa berada dihati Cinta selamanya .. Selamat tinggal ..
sayang sahabat,
Cinta
Kini Laskar sudah boleh melihat dengan mata pemberian Cinta .. Laskar sungguh gembira dan bersyukur apabila dapat melihat keindahan ciptaan tuhan ini .. Dengan keajaiban dan kenikmatan yang diberi tuhan, Laskar juga mampu mendengar .. Akan tetapi, Laskar tetap tidak dapat bercakap .. Namun dengan melihat dan mendengar, itu sudah cukup bagi Laskar .. Laskar tidak pernah berhenti memegang foto Cinta .. Sudah 3 tahun Cinta mengikut jejak ibu dan bapanya .. Baginya, Cinta adalah cinta pertama dan cinta terakhirnya walaupun dia tidak mengetahui bagaimana suara kecil dan diri Cinta yang sebenarnya .. Dia hanya dapat mengetahui tentang Cinta sahaja daripada Sazali ..
"Abang .. " sapa Sazali kepada Laskar yang sedang menikmati keindahan Taman Bunga Mawar .. "Nah .. " Sazali mehulurkan sesuatu benda kepada Laskar .. "Coklat campur kacang hazel kesukaan abang yang abang minta .. Nampaknya makanan kegemaran Cinta juga sudah menjadi kegemaran abang jugakan .. Malah, Kilang Coklat Cinta milik abang itu sudah semakin popular diserata dunia .. Kalau Cinta tahu, pasti dia sungguh gembira !.. " kata Sazali .. Laskar hanya membalas kata-kata Sazali dengan senyumannya bak coklat kegemarannya yang sungguh manis !..
**TAMAT**
Hak Milik dan Cerita Asal : Chocolate Life Ever @ ZettyNajwa